STROK HABA

PREPARED BY:

TONI RARA BAUL

TAY LIANG ENG

Pengenalan

PENINGKATAN suhu persekitaran dan gelombang haba yang sedang dihadapi pada masa kini kian membimbangkan dan mengancam kehidupan. Menurut Pensyarah Perubatan, Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Nik Rosmawati Nik Husain, berdasarkan laporan ‘World Health Organization’ (WHO) 2023, fenomena gelombang haba berterusan di Eropah pada pertengahan tahun 2022 telah menyebabkan lebih 20,000 kematian akibat strok haba. 

“Di Malaysia pula, 200 kes penyakit berkaitan haba telah dilaporkan di mana 22 kes adalah strok haba. Oleh itu, tindakan aktif hendaklah diambil bagi mengelak kejadian penyakit berkaitan haba seperti strok haba. 

Apakah Itu Strok Haba? 

Apabila terdedah kepada cuaca panas yang melampau, anda boleh mendapat ‘kelesuan haba’ (heat exhaustion) atau lebih teruk, ‘strok haba’ (heat stroke). Gambar berikut menunjukkan perbezaan di antara kelesuan haba dan strok haba. 

Mengikut (Badra, 2023), strok haba merupakan suatu kondisi yang serius akibat pendedahan kepada keadaan sekeliling yang panas melampau sehingga menyebabkan badan tidak mampu menstabilkan suhu badan dan ianya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat melebihi 40°C (darjah celsius) atau lebih 

Tanda / Gejala Strok Haba 

Antara tanda-tanda seseorang itu mengalami strok haba ialah :  

Golongan Berisiko 

Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko: 

1) Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain. 

2) Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas). 

3) Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. 

4) Penghidap penyakit sistem pernafasan.

 5) Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid. 

Tip Penjagaan Kesihatan Semasa Cuaca Panas 

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Berikut adalah tips kekal sihat di musim cuaca panas: 

1. Pakai topi / payung.

2. Banyakkan minum air kosong tanpa mengira tahap aktiviti fizikal. 

3. Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar. 

4. Guna kipas / pendingin hawa untuk menyejukkan badan. 

5. Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin hawa. 

6. Lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti luar. 

7. Kurangkan minum minuman berkafein, alkohol dan bergula. 

Berikut adalah langkah-langkah menangani serangan strok haba segera. 

Penutupan

Ibu bapa jangan abai tanda anak sakit ketika cuaca panas elak hilang nyawa. Jangan ambil mudah jika si anak mengadu sakit kepala selepas bermain di taman. Muka si anak merah-merah, tangan kesejukan, rasa pening nak muntah. Ini mungkin tanda anak mengalami heat strok yang sangat bahaya kepada nyawa. 

Banyakkan minum air kosong walaupun tidak berasa dahaga sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bagi mengekalkan tahap hidrasi untuk mengawal atur suhu badan. Kurangkan minum air manis, berkafein dan berkarbonat kerana ia tidak baik untuk hidrasi badan. 

Golongan berisiko tinggi seperti bayi, kanak-kanak, yang menghidap penyakit pernafasan, menghidap penyakit kritikal seperti darah tinggi, kencing manis dan warga emas, perlu dipastikan minum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi serta awasi gejala keletihan dalam kalangan bayi, kanak-kanak dan warga emas kerana mereka mungkin mengalami dehidrasi tanpa disedari.

Pastikan rumah mempunyai aliran udara yang baik bagi mengelakkan anak tersedut karbon dioksida terlalu banyak. Laraskan suhu penyaman udara kepada 24°C kerana ia sudah mampu mengoptimumkan suhu badan kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke atas. Elakkan dari membiarkan anak-anak tidur dengan berselimut. 

Sekiranya anak anda mengadu kepanasan, segera bantu anak untuk turunkan suhu dengan mengelap muka dan badan mereka dengan kain lap yang basah. 

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) juga telah mengeluarkan informasi bahawa gelombang panas dan kering sedang melanda negara akibat peralihan monsun dan keadaan ini dijangka berterusan sehingga bulan Julai 2023 selain turut melanda negara-negara Asia lain termasuk Thailand, Vietnam, China, India dan Bangladesh. 

Strok haba tidak wajar dipandang ringan kerana ia boleh mendatangkan komplikasi serius. Mangsa strok haba boleh mengalami kesan jangka panjang seperti masalah saraf, sistem kardiovaskular dan risiko kematian. Selain dari itu mengikut penulisan Bouchama et al. (2022), kesan jangka pendek akibat dari pendedahan mengejut kepada cuaca yang panas boleh mengakibatkan sel-sel badan cedera, berlaku keradangan, darah senang membeku dan berlaku pendarahan di beberapa organ penting. 

Sumber Rujukan

Badra (2023) Strok Haba : Tanda, Gejala, Kesan & Cara Pencegahan - KKM, eCENTRAL. Available at: https://ecentral.my/strok-haba/ (Accessed: May 5, 2023). 

Facebook (no date) Cette fonction est temporairement bloquée. Available at: https://m.facebook.com/publichealthmalaysia/photos/berapakah-suhu-tempatanda-hari-ini-panas-sungguh-sekarang-ini-dan-ia-dijangkab/2566992266923963 

Mahmud, N.H. (2019) Tangani Strok Haba, Harian Metro. New Straits Times. Available at: https://www.hmetro.com.my/sihat/2019/03/429214/tangani-strokhaba (Accessed: May 5, 2023) 

Support, A. (no date) Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai, jata negara. Available at: https://www.infosihat.gov.my/cuaca-panas.html (Accessed: May 5, 2023). 

April 28, 2023 Kenapa strok haba bahaya dan boleh membawa maut. Available :https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1094729/kenapastrok-haba-bahaya-dan-boleh-membawa-maut (Accessed: May 5,2023)