PROGRAM SUAI KENAL PELAJAR BAHARU SIDMA COLLEGE SARAWAK SESI JANUARI 2022

29 Januari 2022: Selesai sudah Program Suai Kenal Pelajar Baharu, SIDMA College Sarawak sesi Januari 2022. Program ini bersambung pada sebelah petang selepas rehat tengahari dan antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah Pertandingan Sukaneka bersama fasilitator-fasilitator, Taklimat Program Khidmat Masyarakat bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Majlis Penyampaian Hadiah (Peserta Terbaik, Kumpulan Terbaik, dan Cenderahati), Majlis Penutupan Program, dan diakhiri dengan Sesi Bergambar. Turut hadir bersama, Puan Dayang Hajah Sofia binti Abang Haji Bohan, Ketua Eksekutif SIDMA College Sarawak yang telah merasmikan majlis penutupan Program Suai Kenal Pelajar Baharu, SIDMA College Sarawak dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan.