PROGRAM CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA

7 Februari 2022: Program "Ceramah Keselamatan Jalan Raya" anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) SIDMA College Sarawak telah diadakan di Pusat Sumber SIDMA College Sarawak pada pagi ini bertujuan untuk memberi serba sedikit penerangan dan kesedaran kepada orang awam, khususnya kepada kakitangan serta pelajar-pelajar SIDMA College Sarawak mengenai keselamatan dan peraturan-peraturan ketika berada atau menggunakan jalan raya. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak diwakili oleh Tuan Zooraini bin Aini selaku Pegawai Penguatkuasa, Tuan Ideris bin Tarel selaku Ketua Pembantu Tadbir N22, dan Puan Muhai binti Mohamed selaku Penolong Pegawai Tadbir N29. Pihak SIDMA College Sarawak telah diwakili oleh Puan Dayang Hajah Sofia binti Abang Haji Bohan selaku Ketua Eksekutif, dan Puan Jumiah binti Matino selaku Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP).