MAJLIS PERHIMPUNAN KAKITANGAN SIDMA COLLEGE SARAWAK 2022

9 Februari 2022: Satu majlis perhimpunan bagi kakitangan SIDMA College Sarawak telah diadakan di Pusat Sumber, SIDMA College Sarawak pada pagi ini. Majlis diawali dengan bacaan doa daripada Saudara Khairul Anwar bin Baharuddin dan diikuti dengan ucapan aluan daripada Tuan Haji Marzuki bin Haji Umi (Pengerusi SIDMA College Sarawak). Kemudian, sesi disambung dengan amanat awal tahun dan pembentangan slaid penstrukturan semula daripada Prof. Dr. Morni bin Haji Kambrie (Pengerusi Berkumpulan, SIDMA College Sabah dan Sarawak). Antara sesi-sesi lain yang diadakan adalah penyerahan sumbangan ikhlas kepada saudari Sylvia Banun anak Simon Dembab, sambutan hari jadi kakitangan SIDMA College Sarawak untuk bulan Januari dan Februari, dan diakhiri dengan sesi bergambar.