PREVIEW BAKAL GURU TADIKA BERSAMA PENSYARAH/PAKAR PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

9 April 2022: Telah berlangsungnya program Preview Bakal Guru Tadika bersama Puan Pamella Bang, seorang pensyarah atau pakar pendidikan awal kanak-kanak di SIDMA College Sarawak. Banyak pengisian serta penerangan yang beliau sampaikan kepada peserta-peserta yang telah mengikuti program Preview Bakal Guru Tadika ini mengenai pendidikan awal kanak-kanak yang telah dilangsungkan melalui aplikasi Google Meet. Seramai 17 orang peserta yang menyertai program Preview Bakal Guru Tadika pada kali ini.