JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

Program JOM BACA BERSAMA 10 MINIT di Pusat Sumber Kolej SIDMA Sarawak anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Kolej SIDMA Sarawak.


Program “Jom Baca Bersama untuk 10 Minit” berlangsung secara serentak di seluruh negara bertujuan untuk menerapkan nilai dan budaya cinta akan buku dan cinta akan ilmu. Dalam tempoh antara pukul 11.00 pagi hingga 11.10 pagi, semua individu, pejabat, persatuan dan komuniti digalakkan untuk berhenti sebentar daripada melakukan apa-apa juga pekerjaan atau aktiviti untuk membaca apa-apa juga bahan bacaan selama 10 minit.