KUNJUNGAN HORMAT REKTOR KOLEJ UNIVERSITI ANTARABANGSA ISLAM SELANGOR (KUIS) KE SIDMA COLLEGE SARAWAK

17 Jun 2022: SIDMA College Sarawak buat julung kalinya menerima kunjungan hormat daripada Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Yang Berbahagia Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah dan Pendaftar Kolej Universiti Antarabangsa Selangor (KUIS), Encik Zulhizzam bin Hamzah. Selain daripada membuat kunjungan hormat ke SIDMA College Sarawak, delegasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sempat bersuai kenal dengan Pengerusi, Pengarah Kewangan, Ketua-Ketua Jabatan dan beberapa kakitangan-kakitangan di SIDMA College Sarawak. Semoga dengan kunjungan ini dapat mengeratkan lagi silaturahim dan kerjasama antara Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan SIDMA College Sarawak.