PROGRAM ALUAN SISWA/WI BAHARU (AMBILAN JULAI 2022)

14 Julai 2022 (Khamis): Telah berlangsung pada pagi ini Program Aluan Siswa/wi Baharu Ambilan Julai 2022. Program dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Eksekutif SIDMA College Sarawak, Puan Nandy Marlina binti Saar dan kemudiannya, ucapan perasmian daripada Pengerusi SIDMA College Sarawak, YBhg. Tuan Haji Marzuki bin Haji Umi.

Program disambung dengan sesi taklimat bersama kakitangan dari Jabatan Akademik, Puan Norshida binti Arbee, Cik Moon Zappa, Encik Nicholas dan Puan Khairunnisa binti Sahdan.