MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN 2022

9 September 2022 (Jumaat): Suasana sekitar Majlis Penutupan Program Bulan Kemerdekaan 2022 anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) SIDMA College Sarawak Sesi 2022. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Puan Jumiah binti Matino, Pengurus Jabatan Hal Ehwal Pelajar SIDMA College Sarawak dan ucapan daripada tetamu jemputan YBhg. Tuan Haji Marzuki bin Haji Umi, Pengerusi SIDMA College Sarawak. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan "Tik Tok Challenge", pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan, pertandingan Merdeka Idol, pertandingan Booth Terbaik Merdeka, dan pertandingan Pakaian Merdeka. Persembahan tarian penutupan oleh Kelab Seni Tari (KESTARI) SIDMA College Sarawak telah disajikan untuk hiburan kepada para penonton yang hadir. Majlis kemudian diakhiri dengan sesi bergambar.