SESI TAKLIMAT PROGRAM BERSAMA UNIRAZAK

30 September 2022, Jumaat: SIDMA College Sarawak bersama-sama dengan Pengarah Pemasaran Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Muhd. Asyraf Samsudin dan Kaunselor Pendidikan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Mohd. Zulfakhri telah mengadakan satu sesi taklimat mengenai program-program yang ditawarkan oleh Universiti Tun Abdul razak (UNIRAZAK) dengan kerjasama SIDMA College Sarawak di Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Cawangan Negeri Sarawak pada Jumaat lepas. Selain itu, terdapat beberapa biasiswa2 yang boleh dipohon oleh pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dengan tujuan membantu para pelajar-pelajar ini. Kedatangan disambut dengan baik oleh peserta-peserta yang mengikuti program taklimat ini. Sebelumnya, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) telah memeterai satu perjanjian persefahaman bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).