PROGRAM ALUAN SISWA/WI BAHARU NOVEMBER 2022 DAY 1

9 November 2022 (Rabu): Telah berlangsung pada pagi ini Program Aluan Siswa/Wi Baharu sesi November 2022 di Dewan SIDMA 1, Bangunan SIDMA 1 anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar SIDMA College Sarawak. Program dimulai dengan bacaan doa oleh Saudara Mohammad Farid Izzuddin bin Sofri, pelajar Diploma Kemahiran Mutawwif (Umrah & Ziarah), Pusat Bertauliah SIDMA College Sarawak. Kemudian ucapan alu-aluan oleh Puan Nandy Marlina binti Saar (Ketua Pegawai Eksekutif SIDMA College Sarawak), dan diikuti dengan ucapan amanat oleh YBhg. Tuan Haji Marzuki bin Haji Umi (Pengerusi SIDMA College Sarawak).

Semoga amanat-amanat yang telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Marzuki bin Haji Umi dan Puan Nandy Marlina binti Saar pada pagi ini sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat para pelajar baharu untuk berusaha dengan lebih gigih sehingga tamat pengajian di SIDMA College Sarawak.

Program Aluan Siswa/Wi Baharu November 2022 anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar SIDMA College Sarawak disambung pada sebelah petang dengan taklimat daripada Encik Selan anak Egoh (Jabatan Perkhidmatan Pelajar), dan Encik Rumpin bin Merhon (Pihak Asrama Dynamic Seminar Homes Sdn. Bhd.).

Sekali lagi, seluruh warga SIDMA College Sarawak ingin mengucapkan SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BAHARU SIDMA COLLEGE SARAWAK AMBILAN NOVEMBER 2022.