CERAMAH KERJAYA BERTAJUK MENEROKAI MINAT KERJAYA

25 November 2022 (Jumaat): Telah berlangsung pada pagi ini ceramah yang bertajuk Menerokai Minat Kerjaya oleh Puan Halimah binti Abdul, anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) SIDMA College Sarawak dengan kerjasama Jabatan Akademik, Jabatan Pemasaran Korporat dan Media, Unit Aset, Unit ICT, Majlis Perwakilan Mahasiswa/wi (MPM), dan Gabungan Pengerusi SIDMA College Sarawak.

Antara pengisian yang disampaikan dalam ceramah beliau kepada pelajar-pelajar SIDMA College Sarawak adalah kepentingan pencapaian akademik yang cemerlang, memanfaatkan masa dengan baik, dan menerokai minat kita agar boleh dijadikan sebagai kerjaya di masa hadapan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Halimah binti Abdul atas ceramah yang telah disampaikan. Semoga sedikit sebanyak dapat memberi semangat serta inspirasi kepada semua pelajar SIDMA College Sarawak untuk bersungguh-sungguh dalam mencapai akademik dengan cemerlang dan menjadikan minat diri sendiri sebagai kerjaya di masa hadapan.