MAJLIS KONVOKESYEN KE-7 SIDMA COLLEGE SARAWAK

30 November 2022 / 5 Jamadilawal 1444H (Rabu): Buat ke-7 kalinya, SIDMA College Sarawak telah mengadakan Majlis Konvokesyen pada tahun ini di Dewan Majma' Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah / Kompleks Islam Sarawak.

Seramai 276 orang graduan telah dianugerahi Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, SIDMA College Sarawak dan 7 orang daripadanya dianugerahi Sijil Kemahiran Malaysia, Pengasuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tahap 3), SIDMA Academy Sarawak.

Naib Canselor Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), YBhg. Professor Datin Paduka Dr. Samsinar Md Sidin telah menganugerahkan sijil kepada graduan-graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, SIDMA College Sarawak dan Pengerusi Berkumpulan SIDMA College Sabah & Sarawak, YBhg. Prof. Dr. Mornie Kambrie menganugerahkan sijil kepada graduan-graduan Sijil Kemahiran Malaysia, Pengasuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tahap 3), SIDMA Academy Sarawak.

Seluruh warga pengurusan SIDMA College Sarawak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada graduan-graduan yang telah menamatkan pengajian di SIDMA College Sarawak dan SIDMA Academy Sarawak.