PROGRAM PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK 1444H / 2023

Khamis, 30 Mac 2023 (8 Ramadhan 1444H): Kolej SIDMA Sarawak dengan kerjasama dari CENTEXS Lundu dan SeDidik Sarawak telah menganjurkan program Pengagihan Bubur Lambuk di Lundu Town Square dengan sebanyak 600 bekas bubur lambuk telah diedarkan kepada orang ramai di sekitar pasar Lundu.

Turut hadir bagi merasmikan program tersebut adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan, ADUN Opar, Billy Sujang serta mantan ADUN Tanjong Datu, Datuk Amar Datin Patinggi Jamilah Anu.