PROGRAM SISWA/SISWI BAHARU AMBILAN JULAI 2023

20 Julai 2023, Khamis: Program Aluan Siswa / Siswi Baharu Ambilan Julai 2023 telah diadakan pada pagi ini di Pusat Sumber, Kolej SIDMA Sarawak. Program ini telah dihadiri oleh Pengerusi Kolej SIDMA Sarawak, Haji Marzuki bin Haji Umi dan Puan Hanizah binti Mohidin selaku Pengarah Kewangan Kolej SIDMA Sarawak. Turut hadir sama adalah Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Puan Jumiah binti Matino dan Ketua Jabatan Akademik, Cik Moon Zappa anak Jimmy serta barisan Koordinator Akademik, Kolej SIDMA Sarawak.

Program dimulai dengan bacaan doa oleh Encik Khairul Anwar bin Baharuddin, kemudian diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Kolej SIDMA Sarawak, Haji Marzuki bin Haji Umi. Dalam ucapannya, beliau banyak memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepada siswa dan siswi untuk terus kekal fokus ketika masih bergelar pelajar di Kolej SIDMA Sarawak sehingga tamat pengajian.

Program kemudian disambung dengan taklimat dari koordinator bagi program Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Puan Norshida binti Arbee dan koordinator bagi program Kolej SIDMA Sarawak, Encik Nicholas Kamarau.