MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM ALUAN SISWA/SISWI & MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

21 Julai 2023, Jumaat: Program Aluan Siswa / Siswi Baharu Ambilan Julai 2023 telahpun melabuhkan tirainya. Majlis diakhiri dengan ucapan dan kata-kata amanat dari Pengerusi Kolej SIDMA Sarawak, Haji Marzuki bin Haji Umi serta Ketua Pegawai Eksekutif Kolej SIDMA Sarawak, Puan Nandy Marlina binti Saar dan Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej SIDMA Sarawak, Cik Bethany.

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang bagi acara dan pertandingan yang diadakan pada hari ini. Semoga sedikit sebanyak dapat memberi pengalaman yang berbeza dan bakal menjadi kenang-kenangan pada masa akan datang.