PROGRAM ALUAN SISWA/SISWI BAHARU AMBILAN SEPTEMBER 2023

6 September 2023, Rabu: Program Aluan Siswa / Siswi Baharu Ambilan September 2023 telah diadakan pada pagi ini di Pusat Sumber, Kolej SIDMA Sarawak. Program ini telah dihadiri oleh Pengerusi Kolej SIDMA Sarawak, Haji Marzuki bin Haji Umi, Puan Hanizah binti Mohidin selaku Pengarah Kewangan Kolej SIDMA Sarawak dan Puan Nandy Marlina binti Saar, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej SIDMA Sarawak. Turut hadir sama adalah Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar iaitu Puan Jumiah binti Matino, Ketua Jabatan Kewangan Puan Siti Syafinah binti Mohd Kasiran, dan Ketua Jabatan Akademik Cik Moon Zappa anak Jimmy serta barisan Koordinator Akademik Kolej SIDMA Sarawak.

Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej SIDMA Sarawak. Pada sebelah petang, program disambung dengan sesi taklimat dari pihak Pusat Sumber dan Kaunselor Kolej SIDMA Sarawak.

Kami dari pihak Kolej SIDMA Sarawak mengalu-alukan kedatangan siswa/siswi baharu dan ingin mengucapkan π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π——π—”π—§π—”π—‘π—š π—žπ—˜ π—žπ—’π—Ÿπ—˜π— π—¦π—œπ——π— π—” 𝗦𝗔π—₯𝗔π—ͺπ—”π—ž.