MAJLIS IKRAR PELAJAR BAHARU PROGRAM UNIRAZAK & SIDMA COLLEGE SARAWAK SESI JULAI 2023

12 September 2023, Selasa: Majlis Ikrar Pelajar Baharu adalah majlis simbolik perjanjian antara pelajar dan pengurusan di Kolej SIDMA Sarawak.

Seramai 202 pelajar baharu Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dan Kolej SIDMA Sarawak telah menyertai majlis ikrar pelajar baharu pada kali ini di Auditorium, Muzium Budaya Borneo. Lafaz ikrar diketuai oleh saudara Dennis ak David.

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh saudara Ahmad Farih Azri bin Amril Syam dan ucapan aluan oleh Puan Nandy Marlina binti Saar, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kolej SIDMA Sarawak. Pengarah Kanan Inovasi dan Projek Khas Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Asst. Prof. Dr. Johari bin Mat turut memberi ucapan amanat kepada pelajar-pelajar yang hadir.