MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM ALUAN SISWA/WI BAHARU AMBILAN NOVEMBER 2023

Majlis penutupan aluan siswa / wi baharu telah pun melabuhkan tirainya pada hari ini. Program dimulakan dengan sesi bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) SIDMA College Sarawak pada sebelah pagi.

Pada sebelah petangnya pula, program disambung dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Mahasiswa / wi (MPM), saudari Bethany Wilhelmina binti Timothy dan ucapan amanat serta penutupan oleh Pengerusi SIDMA College Sarawak, YBhg. Tuan Haji Marzuki bin Haji Umi.

Kemudian, program disambung dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang untuk aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada hari kedua Program Aluan Siswa / Wi Baharu Ambilan November 2023 dan diakhiri dengan sesi bergambar.