PROGRAM ALUAN SISWA / SISWI BAHARU AMBILAN MAC 2024

7 Mac 2024, 𝘒𝘩𝘢𝘮𝘪𝘴: Telah berlangsungnya Program Aluan Siswa/Siswi Baharu Ambilan Mac 2024 pada hari ini. Program dimulai dengan bacaan doa oleh saudara Mohd. Syafiq bin Saili. Kemudian, program diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Marzuki bin Haji Umi, Pengerusi SIDMA College Sarawak, Ketua Eksekutif SIDMA College Sarawak, Puan Nandy Marlina binti Saar, taklimat dari kakitangan-kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Puan Jumiah binti Matino, Encik Mohd. Syafiq bin Saili, Cik Sofia anak Sanggar, dan Kaunselor SIDMA College Sarawak, Cik Milly Mirnie anak Francis.

Pada sebelah petangnya pula, program disambung dengan taklimat dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar dan pihak asrama, Dynamic Seminars Homes Sdn. Bhd.