PROGRAM RAMADAN BERSAMA SIDMA 2024M / 1445H

28 Mac 2024, Khamis: Jabatan Sumber Manusia dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar serta Dynamic Seminars Homes Sdn Bhd telah mengadakan Program Ramadan bersama SIDMA bagi tahun 1445H / 2024M kepada kakitangan SIDMA College Sarawak. Antara aktiviti dijalankan adalah penyediaan dan pengagihan bubur lambuk, ceramah Ramadan, majlis berbuka puasa dan solat terawih.