𝟯𝟬 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟰, 𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂: SIDMA College Sarawak dengan kerjasama CityONE Megamall Kuching telah mengadakan Program Pengagihan Bubur Lambuk dan Program Inspirasi Raya Bersama SIDMA di CityONE Megamall, Kuching.
Tujuan program ini dijalankan adalah:
i. Untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara warga SIDMA College Sarawak dengan masyrakat di sekitar bandar Kuching melalui program berbentuk khidmat sosial dan kebajikan.
ii. Mengukuhkan lagi semangat ukhuwah di kalangan pelajar-pelajar SIDMA College Sarawak dan kakitangan-kakitangan SIDMA College Sarawak.
iii. Membantu serta menggembirakan golongan yang kurang berkemampuan sempena bulan Ramadan serta sambutan Hari Raya Aidilfitri.
iv. Mencungkil bakat dan memeriahkan lagi sambutan suasana raya pada tahun 2024.
Antara aktiviti-aktiviti lain yang diadakan selain pengagihan bubur lambuk adalah pertandingan 𝘧𝘢𝘤𝘦 𝘱𝘢𝘪𝘯𝘵𝘪𝘯𝘨, pertandingan mewarna suasana raya kanak-kanak (tahap 1 dan tahap 2) dan pertandingan anyam ketupat.